Featured post

Cara Daftar Pemandu Indrive Malaysia

Syarikat aplikasi ehailing Indrive telah mendapat kelulusan APAD untuk mendaftar Indrive app kepada pemandu ehailing lain. Pendaftaran peman...

Home » » Cara Daftar Pemandu Indrive Malaysia

Cara Daftar Pemandu Indrive Malaysia

Syarikat aplikasi ehailing Indrive telah mendapat kelulusan APAD untuk mendaftar Indrive app kepada pemandu ehailing lain. Pendaftaran pemandu Indrive telah dibuka di mana cara daftar Indrive ini akan di kongsikan di bawah.

Indrive ialah penyedia aplikasi ehailing no 2 di Malaysia yang menjadi pencabar kepada Grabcar. Ramai driver ehailing lain telah mendaftar dengan Indrive kerana keunikkan yang ada pada aplikasi Indrive seperti tiada auto accept di mana pemandu boleh memilih job yang mereka mahukan dan penumpang juga boleh memilih pemandu yang mereka mahukan.



Job Indriver juga banyak! mengalahkan app lain yang lebih awal berperasi di Malaysia. Dalam sehari pemandu app Indriver boleh mendapat pendapatan rm250 ke rm400 dengan menghantar penumpang ke destinasi yang di tetapkan oleh penumpang.

Pemandu Indrive juga di kenakan syarat mendaftar Indrive yang minima tetapi mengikut peraturan APAD. Selain itu, dokumen daftar Indriver juga boleh d sediakan oleh bakal pemandu dengan mudah.

Kelebihan Pemandu Indrive

Di antara kelebihan aplikasi Indrive kepada pemandu Indrive ialah:

Boleh pilih job

Pemandu Indrive boleh memlilih job yang mereka hendakkan. JIka tak nak ambil job yang ada, pemandu Indrive boleh tekan SKIP untuk mengabaikan job tersebut tanpa di kenakan penalti, tidak seperti aplikasi-aplikasi yang ehailing yang lain.

Tiada Auto Accept (AA)

Auto accept membebankan pemandu. Ramai pemandi tidak suka sistem auto accept. Auto accept ni bermakna pemandu app wajib ambil job yang keluar di aplikasi. Dalam app Indrive, tiada auto accept. Pemandu tak perlu risau untuk menerima job yang masuk mengikut kesukaaan masing-masing.

Tawar menawar Harga

Pemandu dan penumpang Indrive boleh tawar menawar tambang melalui aplikasi Indrive. Katakan ada satu job tetapi ramai driver yang nak job tersebut. Driver boleh memberikan harga mereka dan penumpang boleh memilih job mana dan driver mana yang mereka mahukan.





Job banyak

Walaupun app Indriver agak baru berbanding dengan app ehailing lain seperti Airasia, Mycar dan Maxim tetapi bilangan job Indrive sangat melebihi bilangan job app lain. Pemandu tidak perlu menunggu lama untuk mendapat job. Ini boleh membantu pemandu ehailing menambah pendapatan meeka.

Keburukkan Indrive

Selain kebaikkan, Indrive juga ada keburukkan, antaranya ialah:

Harga rendah

Banyak job yang berharga rendah. Walaupun bilangan job indrive banyak tetapi kena hati-hati memilih job yang berbaloi takut rugi. Tetapi tidak semua job berharga rendah, ada juga job yang mahal terutama kalau menang bid job.

Ada pemandu yang sanggup ambil job harga  rendah kerana alasan-alasan tertentu.

Masalah top up app

Biasa berlaku, topup lambat update. Jadi pemandu Indrive kena pastikan topup ewallet awal jangan tunggu hingga topup habis nanti job tak masuk.



Customer service lemah

Masalah ini pun menghantui pemandu Indrive. Tiada satu no telefon khusus untuk pemandu hubungi untuk selesai masalah dengan SEGERA. Biasanya pemandu kena chat melalui app atau email ke HQ untuk menyelsaikan masalah. Tetapi jika app di gunakan dengan betul, tiada masalah yang timbul.

Syarat daftar pemandu Indrive

Seperti EHO lain, untuk daftar Indrive juga ada syarat-syarat pendaftaran:

Lesen PSV

Perlu ada. Lesen PSV diperlukan untuk membawa penumpang, ini adalah syarat daripada kerajaan. Semua kena patuh.

Pemandu ehailing boleh membuat lesen PSV di sekolah memandu seluruh negara. Bayarn antara rm200 ke rm300. Pemandu kena menghadiri kelas teori 6 jam. Selepas itu pemandu kena buat medikal check up dan selepas itu terus boleh mendapatkan lesen PSV di kaunter JPJ dengan bayaran rm20 setahun. Mudah sahaja sebab tiada peperiksaan psv di kenakan.

Insuran Yearly ehailing (Daily tak di terima)

Pemandu ehailing diimestikan ada add on insuran ehailing. Boleh bagitahu ejen isuran kereta untuk add on ehailing. Bayaran tabahan sebanyak 30% di kenakan

Ada syarikat insuran yang tidak sediakan ehailing insuran seperti etiqa. Jadi pemandu kena ambil insuran lain.



Insuran ini boleh di gunakan untuk menjadi pemandu ehailing lain juga.

Syarat kereta 15 tahun

Kereta pula mesti berusia paling lama 15 tahun. Jika tahun ini tahun 2023, maka kereta yang di terima ialah antara tahun 2008 - 2023.

Kereta berusia 3 tahun ke atas, tidak perlu membuat PUSPAKOM semasa mendaftara. PUSPAKOM hanya perlu di buat jika hendak renew roadtax nanti.

Cara daftar pemandu Indrive

Cara daftar pemandu Indrive yang paling cepat  ialah dengan mendaftar secara rasmi melalui whatsapp. Setelah kami selidiki, pendaftaran melalui whatsapp adalah cara yang terbaik untuk mengelakkan masalah kelewatan pengaktifan dan kesalahan mengisi info.

Daftar Indrive melalui whatsapp (klik sini untuk daftar)

Cara-cara kami minta anda elakkan kerana jika anda menghadapi masalah pendaftaran, anda tiada tempat untuk bertanya. JIka mendaftar melalui whatsapp, anda boleh terus tanya di whatsapp apa masalah yang anda hadapi.

Itulah cara terpantas daftar pemandu Indrive - cepat aktif dan percuma.

Bantuan pemandu Indrive

Untuk mendapat bantuan, anda boleh email ke hq Indrive.

Anda juga di galakkan join group FB pemandu Indrive Malaysia dan berjumpa dengan pemandu app Indrive yang lain untuk berkongsi pengalaman dan masalah yang anda hadapi.



Terima kasih kerana membaca Cara Daftar Pemandu Indrive Malaysia. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Post a Comment