Featured post

Cara Daftar Pemandu Indrive Malaysia

Syarikat aplikasi ehailing Indrive telah mendapat kelulusan APAD untuk mendaftar Indrive app kepada pemandu ehailing lain. Pendaftaran peman...

Home » » Cara Add On Insuran Ehailing Indrive

Cara Add On Insuran Ehailing Indrive

Apakah insuran ehailing (e hailing insurance Indrive)? Insuran untuk ehailing ialah insuran yang perlu add on kepada insuran cover note kereta sedia ada untuk cover penumpang jika berlaku kemalangan. Untuk daftar pemandu Indrive, salah satu syarat ialah kena ada insuran ehailing Indrive untuk daftar pemandu Indrive.

Bagaimana cara untuk buat insuran ehailing Indrive? Berapakah harga insuran ehailing? Mudah sahaja sebenarnya untuk mendapatkan e hailing insuran. Selain dari insuran ehailing, bakal pemandu indrive juga perlukan lesen psv dan mematuhi syarat daftar indrive dengan dokumen pendaftaran indrive yang cukup.


Pada tahun 2019, APAD telah menetapkan setiap pemandu ehailing mesti ada insuran untuk cover e hailing sama ada daily atau yearly (tahunan) tetapi hanya Grab sahaja yang menerima daily insuran ehailing. Lain-lain app memerlukan insuran ehailing tahunan (idak menerima daily ehailing insuran)






Cara buat/add on insuran ehailing


Bagaimana cara untuk dapatkan insuran ehailing?


JIka anda tiada insuran ehailing, anda kena add on untuk cover ehailing. Anda kena hubungi ejen insuran sedia ada dan add on ehailing sahaja. Bayarannya lebih kurang 30% daripada insuran asal.


Contoh:


JIka insuran kereta anda rm600, anda kena tambah dalam rm200 untuk add on ehailing.

Jika insuran kereta anda rm900, anda kena tambah dalam rm300 untuk add on ehailing.


Anda kena add on menggunakan insuran yang sama.


Contoh:


JIka sekarang anda gunakan insuran zurich, maka anda kena add on ehailing dari Zurich juga. Tak semua syarikat insuran menyediakan add on insuran untuk ehailing.


Insuran yang tiada ehailing


Tak semua syarikat insuran sediakan add on ehailing tetapi kebanyakkannya ada cover ehailing. Antara syarikat insuran yang tidak sediakan insuran ehailing tahunan ialag Etiqa dan Takaful Malaysia.


Jika sekarang anda gunakan insuran Etiqa atau Takaful Malaysia, anda kena tukar kepada insuran dari syarikat lain seperti Zurich, Allianz dan Kurnia.


Anda boleh add on ehailing pada bila-bila masa sahaja, tak perlu tunggu insuran anda tamat. Call ejen insuran dan cakap nak tambah ehailing. Bayaran ialah 30% daripada insuran sedia ada.


JIka anda gunakan insuran yang tiada add on ehailing, anda kena bertukar ke insuran lain.


Cara tukar syarikat insuran


Jika insuran anda tiada sediakan add on insuran, anda kena tukar ke syarikat insuran lain.


Proses untuk penukaran syarikat insuran:


1. Pergi JPJ untuk batalkan roadtax - bawa geran kereta dan roadtax kereta (yang lekat kat cermin tu) danberikan alasan hendak jual kereta. JIka wakil, perlu dapatkan surat dari owner kereta.


2. Pergi ke HQ insuran lama untuk batalkan insuran


3. Call mana-mana ejen insuran yang sediakan ehailing (Zurich, Allianz dan Kurnia) untuk insuran baryu kereta bersama add on ehailing.


4. Print dan bawa cover note insuran baru ke JPJ untuk buat roadtax baru.


Sekarang kereta anda sudah ada add on ehailing dan boleh mendaftar sebagai pemandu Indrive (dan juga app ehailing yang lain menggunakan insuran yang baru ini)


Anda dijemput untuk join kumpulan Insuran ehailing di facebook untuk maklumat lanjut.




Terima kasih kerana membaca Cara Add On Insuran Ehailing Indrive. Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

Newest
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen:

Post a Comment