Di Malaysia, app e hailing In Drive telah dikenali. Cara pendaftaran Indrive berjalan lancar di mana semua pemandu ehailing layak daftar indrive jika mempunyai dokumen pendaftaran in drive mencukupi dan memenuhi syarat register Indrive di Malaysia.
Untuk mendaftar driver indrive, indrive juga kena mengikut arahan APAD iaitu dengan ada dokumen pendaftaran yang mencukupi. Ini bukan kehendak syarikat indrive tetapi adalah arahan kerajaan. Semua syarikat ehailing kena patuhi arahan dokumen pendaftaran Indrive ini.
Dokumen daftar Indrive
Apakah dokumen untuk daftar Indrive Malaysia?
Dokumen pendaftaran mesti mematuhi arahan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), bukan sahaja Indrive tetapi semua ehailing lain kena ikuti bukan sahaja Indrive.
Di bawah di senaraikan dokumen untuk daftar indrive:
Insuran ehailing tahunan
Pemandu perlukan insuran ehailing tahunan ( hanya Grab yang terima daily insuran).
Jika tiada insuran ehailing, anda boleh buat dengan agensi/ejen insuran sedia ada (tak boleh buat dengan ejen lain). Cakap dengan ejen, nak tambah insuran ehailing (seperti tambah insuran cermin). Bila2 masa boleh tambah ehailing, tak perlu tunggu insuran due.
Kos untuk tambah insuran yang cover ehailing lebih kurang 30% dari insuran sedia ada.
Jika insuran sedia ada tak sediakan ehailing (contoh etiqa), anda surrender etiqa dan buat insuran syarikat lain (seperti zurich). Anda akan dapat duit balik dari etiqa.
Baca panduan cara add on insuran ehailing untuk daftar Indrive.
Lesen PSV
Lesen psv adalah wajib. Ini arahan kerajaan. Jadi pemandu Indrive perlu buat dan ada psv, Untuk dapatkan lesen psv, boleh baca panduan cara buat lesen psv yang telah saya sediakan.
Dokumen lain
Dokumen kereta
Geran, insuran kereta yang ada add on ehailing, gambar kereta.
Kumpulan sokongan Indrive
Indrive mempunyai kumpulan sokongan di semua channel. Sila sertai kumpulan sokongan Indrive Malaysia di fb, ini ialah kumpulan terbesar pengumpulan pemandu-pemandu Indrive di Malaysia.
Anda boleh dapatkan info dan panduan mengenai Indrive. Anda juga di sajikan dengan pengalaman pemandu indriver untuk panduan anda.
0 Komen:
Post a Comment